Sample Forms

Home FAQ
Soalan Tentang Import Export Kereta Ke Malaysia

From the list below choose one of our FAQs topics, then select an FAQ to read. If you have a question which is not in this section, please contact us.



Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya berminat untuk menggunakan perkhidmatan SH LOGISTIC SERVICES? PDF Print E-mail

Anda hanya perlu menghubungi kami melalui ruangan "Contact Us". Permintaan anda akan dilayan secepat yang mungkin.

 
All FAQs PDF Print E-mail

 

FAQs

  • Saya berminat untuk menggunakan perkhidmatan SH LOGISTIC SERVICES. Apakah yang saya perlu buat?
  • Anda perlu hanya perlu menghubungi kami.
  • Saya akan membawa balik kereta dari United Kingdom/Jepun. Bolehkah anda menguruskan kereta saya?
  • Boleh. Servis kami untuk semua negara samada Jepun, United Kingdom, New Zealand atau Germany.
  • Perlukah saya catit no enjin kereta?
  • Ya, jika anda menghantar kenderaan tersebut dari Jepun/United Kingdom. Anda perlu melihat secara fizikal no enjin di bahagian enjin kereta. Hubungi pengedar kereta jika anda tidak mengetahui kedudukan no enjin. Jika tiada no enjin yang betul, ianya akan merumitkan lagi proses dan akan mengambil masa kerana no enjin berbeza di borang kastam (no enjin berdasarkan Car Inspection dan di laporan Puspakom (no enjin akan diperiksa).
  • Apakah Bill of Lading / BL?
  • Bill of Lading / BL adalah dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat kapal yang menyatakan bahawa barang telah diterima sebagai cargo dan dalam perjalanan di atas kapal ke destinasi yang telah ditetapkan. Bill of Lading / BL menyatakan dengan lengkap jumlah dan jenis barang yang dihantar. Jika barang yang hilang dan barang tersebut tidak dinyatakan dalam Bill of Lading / BL, maka barang tersebut tidak boleh dituntut.
  • Untuk alamat Malaysia di dalam Bill of Lading / BL, alamat manakah yang perlu saya letak?
  • Anda boleh letak alamat rumah anda di Malaysia
  • Bilakah waktu yang sesuai untuk menghantar kereta?
  • Kapal dari Jepun kebiasaannya mengambil masa 14 hari untuk tiba di Malaysia. New Zealand/United Kingdom mengambil masa 20hari. AP pula mengambil mengambil masa minimum 7 hari bekerja untuk diluluskan. Oleh itu, waktu yang sesuai untuk menghantar kereta ialah paling awal 2 hari sebelum penerbangan pulang ke Malaysia.
  • Adakan salah jika saya menghantar kereta 1 atau 2 minggu sebelum penerbangan pulang ke Malaysia?
  • Tidak salah. Cuma anda akan dikenakan bayaran tambahan untuk kadar letak kereta di pelabuhan. Kadar bermula dari hari kontena dibuka/barang dikeluarkan dari kontena. Kadar sehari di Pelabuhan Utara ialah RM8.
  • Saya menghantar barang persendirian dan kereta ke Malaysia.Tetapi, saya terlupa untuk membuat 2 Bill of Lading yang berasingan. Adakah akan mendatangkan masalah?
  • Ya. Bermula tahun 2008, kastam telah menggunakan sistem berkomputer untuk proses import dan hanya 2 Bill of Lading sahaja akan diterima oleh pihak kastam.
  • Bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut?
  • Anda mempunyai masa sehingga kapal tiba di Malaysia untuk memberitahu shipping agent di luar negara (negara barang dieksport) supaya membatalkan Bill of Lading yang telah dibuat dan membuat 2 Bill of Lading yang berasingan. Jika kapal telah tiba di Malaysia dan hanya 1 Bill of Lading dikeluarkan, ianya akan mengambil masa 3-5 hari untuk diselesaikan dan ini akan mengakibatkan kereta anda berada lebih lama di pelabuhan serta peningkatan kadar letak kereta.
  • Saya akan berkongsi kontena dan di dalam kontena tersebut terdapat 2 kereta. Berapa BL yang perlu saya buat?
  • 2 BL untuk 2 kereta dan jika terdapat barang persendirian perlu membuat 1 BL untuk barang persendirian tersebut.
  • Adakah AP hanya untuk Bumiputera sahaja?
  • Tidak. Semua warganegara Malaysia yang belajar (minimum diploma) atau bekerja di luar negara selain Singapura dan Brunei melebihi setahun layak memohon AP.
  • Bolehkah membiarkan kontena tidak dibuka untuk menunggu AP diluluskan?
  • Boleh. Tetapi, pihak pelabuhan hanya membenarkan 3 hari percuma (Northport) / 5 hari percuma (Westport) termasuk hari cuti am untuk kontena diletakkan di yard. Selepas itu, kadar bayaran minimum ialah RM90 sehari. Oleh itu, kamai mencadangkan kontena dibuka walaupun AP masih belum diluluskan untuk mengurangkan kos yang terpaksa dibayar.
  • Bolehkah barang dikeluarkan dahulu sebelum AP diluluskan?
  • Boleh kerana barang persendirian tidak memerlukan AP.
  • Adakah barang saya akan dikenakan cukai?
  • Tidak. Barang persendirian tidak akan dikenakan cukai kecuali anda hanya menghantar 1 jenis barang sahaja. Contoh 4 buah tayar sahaja akan dikenakan cukai tetapi jika 4 buah tayar bersama 1 kotak berisi buku dan 1 kotak berisi pakaian tidak akan dikenakan cukai.
  • Bolehkah saya mengambil barang pada hari yang sama kereta saya keluar dari pelabuhan?
  • Boleh. Tetapi, setelah kontena dibuka, barang tersebut akan dimasukkan ke dalam gudang dan bayaran tambahan akan dikenakan untuk menggunakan gudang akan dikenakan oleh pihak pelabuhan. Kami mencadangkan apabila kontena dibuka, barang tersebut dihantar terus kepada anda bagi mengelak kecurian di gudang.
  • Adakah cukai dikira berdasarkan harga kereta yang saya beli?
  • Tidak. Cukai dikira berdasarkan harga doket / harga baru model kereta tersebut.
  • Di mana rayuan pengurangan cukai dibuat?
  • Rayuan pertama dibuat di Pelabuhan Klang dan rayuan kedua di Putrajaya.
  • Apakah dokumen yang perlu saya bawa untuk membuat rayuan pengurangan cukai kedua di Kastam putrajaya?
  • Kami akan berikan anda salinan AP, nilai cukai yang telah ditaksir dan keputusan rayuan pertama untuk dibawa ke Kastam Putrajaya.
  • Berapakah pengurangan cukai yang boleh saya dapat?
  • Bergantung kepada budi bicara pegawai kastam. Kebiasaannya rayuan pertama 15% - 20% dan rayuan kedua akan mendapat 10% - 15% lagi. Jumlah gabungan kedua - dua rayuan akan menjadi 30%.
  • Bolehkah saya membayar cukai melalui cek?
  • Tidak. Hanya bank draf diterima.
  • Bolehkah saya mendaftar kereta selain di Kuala Lumpur?
  • Boleh.
  • Cermin asal kereta saya berwarna gelap. Adakan ianya akan diluluskan oleh Puspakom?
  • Tidak.
  • Apakah pemeriksaan yang akan dijalankan di Puspakom?
  • Puspakom akan memeriksa nombor chasis, nombor enjin dan cermin kereta.

 

 

 
« StartPrev12NextEnd »

Page 2 of 2


Powered by Joomla!. Designed by: Lonex low tariff hosting ntchosting Valid XHTML and CSS.